MUZIKAL MOYANG SALLEH
DETIK YANG DINANTIKAN TELAH TIBA...
KARYAWAN NEGERI SEMBILAN, BADAN KEBAJIKAN UNDANG LUAK JELEBU & KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA
Dengan penuh kasih sayang dan memanjatkan syukur pada ALLAH
MEMPERSEMBAHKAN
SEBUAH TEATER MUZIKAL YANG DITUNGGU-TUNGGU
MUZIKAL MOYANG SALLEH
pada 28, 29 & 30 OKTOBER 2022
bertempat di PANGGUNG PERCUBAAN, PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Arahan: Roslee Mansor. Skrip: Subroto Katimin
SINOPSIS
Muzikal Moyang Salleh berdasarkan kisah lagenda Negeri Sembilan sekitar tahun 1770-an. Datuk Moyang Salleh memerdekakan Jelebu daripada jajahan takluk Johor suatu ketika dahulu.
Bermula daripada majlis perkahwinan Si Amat yang gemilang, Bendahara Johor terpikat dengan anak gadis Datuk Penghulu Rembau bernama Seri Banun yang anggun, pandai menyanyi dan menari. Bendahara Johor berhajat untuk dipersembahkan Seri Banun kepada Baginda Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah sebagai isteri.
Malangnya hajat tersebut ditolak oleh Datuk Penghulu Rembau kerana Seri Banun telah ditunangkan dengan seorang pemuda bernama Teruna. Si Amat yang gagap dihantar ke Istana Johor sebagai wakil pemulang adat, malangnya dihukum bunuh oleh Sultan Johor.
Ini menimbulkan kemarahan Datuk Penghulu Jelebu dan Datuk Moyang Salleh. Datuk Moyang Salleh bersama empat orang pengikutnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut
Api, Tok Beruang Hitam dan Tok Bauk pantas ke Johor menuntut keadilan.
Berjayakah Misi Datuk Moyang Salleh ini?
Saksikanlah Muzikal Moyang Salleh yang persembahannya mengandungi unsur magis, mitos dan sejarah.
KONSEP PERSEMBAHAN
Sebuah pementasan muzikal berdasarkan lagenda figura seorang pemimpin Melayu yang bernama Moyang Salleh tentang perjuangan, pengorbanannya yang berlatarkan seni budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan.
SENARAI PARA PELAKON
. Roslee Mansor : Moyang Salleh
. Shaharuddin Thamby : Bendahara
. Dean Sitara : Sultan
. Kamarul AR : Penghulu Rembau
. Fuad Nasir : Si Amat
. Zaidy DLB: Teruna
. HannyMaru : Sri Banun
. Shahril Kamil : Tok Beruang Hitam
. A. Halim Zainal : Tok Laut Api
. Suky San : Tok Gagah Lela Perkasa
. Aim Zackry : Tok Bauk
. Silahudin Ahmad : Penghulu Sg Ujong
. Md.Hussin : Penghulu Johol
. Subroto Katimin : Dato Temenggung
. Rusmawati Yassin : Isteri Penghulu Rembau
. Hafyz Sattar : Pengawal
. Fateh Zhafri Ahmad Fuad : Pembesar Johor
DAPATKAN PASS MASUK SEKARANG
RM15 | RM30 | RM50 | RM99
TEMPAH PASS MASUK SEKARANG. SELAGI SEAT MASIH ADA. TEMPAT TERHAD
H0TLINE: +60 17-304 8291 @ +60 11 5877 5981
Lagi satu kami nak bagi tau yang paling best
Kita ada cabutan bertuah Wang Tunai dan Voucher Bilik Penginapan Di Morten Villa Melaka untuk anda yang hadir menonton... BEST ke BEST
Jangan Lepaskan peluang ke emasan ini... bawa keluarga, anak-anak, saudara mara dan rakan-rakan datang menonton Muzikal Moyang Salleh ini..
dan kepada anda yang ingin menjana pendapatan boleh sama-sama menyebarkan link affiliate anda kepada rakan-rakan anda. Setiap pembilan pass masuk dari mereka anda akan diberikan saguhati dari kami berupa wang tunai sebanyak 10% dari harga pass masuk... Best ke Best ni.... KITA KONGSI REZEKI SAMBIL MENONTON TEATER MUZIKAL MOYANG SALLEH...
Terima kasih atas sokongan semua yang sabar menanti pementasan kami ini... kita jumpa nanti.. beli Pass Masuk sekarang...